fbpx
Contact for queries :
     

SPM Tidak Cemerlang, Kini Arif Kaunselor di Perdana University | Kolej Uniti

Pelajar yang mesra dengan panggilan Arif ini berasal dari Perak dan mengambil jurusan Diploma Pendidikan Prasekolah di Kolej UNITI.

Walaupun keputusan SPM beliau tidak cemerlang, tetapi ia tidak menghalang beliau berjuang untuk menggapai cita- cita. Beliau memilih Kolej UNITI untuk permulaan merancang kejayaan dirinya di masa hadapan.

Tidak dapat dinafikan, sememangnya beliau merupakan seorang pelajar yang rajin, bersungguh dan komited dalam kelas.

Potensi beliau terserlah semasa pembentangan tugasan Debat bagi subjek Keselamatan Kanak-Kanak Dan Perlindungannya. Beliau berjaya menyampaikan hujahnya dengan cemerlang mengenai tajuk penderaan kanak-kanak.

Sepanjang menjalani latihan praktikum, keretanya penuh dengan alat bantu mengajar untuk memastikan pembelajaran kanak- kanak menjadi seronok dan menghiburkan.

kolej uniti

Berkat usaha gigih Arif serta sokongan pensyarah, keluarga dan rakan-rakannya, beliau berjaya menamatkan pengajian di Kolej UNITI dengan jayanya.

Beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Presiden Dan Anugerah Al-Khawarizmi pada Majlis Konvokesyen Kolej UNITI Ke-10 di Klana Resort Seremban. Sehingga kini, bibirnya tidak pernah lekang mengucapkan terima kasih tatkala berjumpa dengan pensyarah-pensyarahnya di Kolej UNITI.

Selepas tamat pengajian di Kolej UNITI, Arif tidak menyombong dan masih berhubung dengan pensyarah sebagai rujukannya. Beliau juga merendah diri dan bersedia memenuhi pelawaan Fakulti FPPM untuk berkongsi pengalaman dan semangatnya belajar kepada adik-adik di Kolej UNITI.

Ya,beliau pernah hadir memberi motivasi kepada adik-adik di Kolej UNITI dalam Bengkel Latihan Praktikum anjuran FPPM!

Dipendekkan cerita, baru-baru ini admin dan rakan-rakan pensyarah telah menghadiri Majlis Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan di 2018 di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Putrajaya.

Alangkah terkejutnya admin dan rakan pensyarah yang lain bila disapa oleh Arif yang turut serta dalam program tersebut. Arif yang dikenali dulu masih orang yang sama, peramah dan tidak menyombong walaupun telah memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian dari UNIMAS, Sarawak.

kolej uniti

Arif seronok bercerita tentang pengalaman beliau yang kini merupakan seorang kaunselor di Perdana University, Serdang. Beliau telah berkongsi ilmu dan pengalaman yang diperoleh di Kolej UNITI dan UNIMAS, dalam program ceramah yang dihadirinya termasuklah di RTM.

Beliau juga diberi kepercayaan untuk berkongsi tajuk ‘Pengurusan Kewangan Peribadi’ serta menjadi ahli panel dalam ‘Workshop On Self Empowerment’ anjuran Pusat Perkhidmatan Kaunseling Dan Kerjaya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Yang pasti, walaupun sibuk bercerita tentang pengalaman kerjayanya hari ini, beliau masih tidak lupa dan bosan bercerita tentang Kolej UNITI.

Paling best, beliau masih boleh bercerita bangga tentang pendidikan prasekolah serta apa yang beliau praktikkan dalam kerjayanya hari ini.

Beliau juga masih ingat dan bertanya khabar pensyarah yang pernah mengajarnya dulu. Sama seperti dulu, ucapan terima kasih tidak pernah lekang daripada bibirnya.

‘Berkat kesungguhan dan semangat tidak putus ada, awak bisa meraih kejayaan hari ini..Tahniah Arif ”. Bisik hati kecil admin!

Moga kisah Arif ini menjadi inspirasi buat para pelajar Kolej UNITI. Kami warga Kolej UNITI mendoakan agar Arif terus meraih kecemerlangan dalam kerjaya yang diceburinya ini.

Inginkan kerjaya seperti Arif? Jangan abaikan cita-cita anda.

Ha! adik-adik ada yang minat nak jadi kaunselor tak? 🤨🤨
💥JOM MASUK UNITI..!!!💥 Kolej UNITI ada kos Diploma Psikologi Kaunseling!
.
Pendaftaran Online KINI DIBUKA: :http://bit.ly/MohonOnline
Pendaftaran Online KINI DIBUKA: :http://bit.ly/MohonOnline
Pendaftaran Online KINI DIBUKA: :http://bit.ly/MohonOnline

.

📌Info segera: 06 6468 444
@Whatsapp kami di: http://www.wasap.my/60196619470/Salam+Saya+Nak+DPK/
============================
.

📢Diploma diiktiraf MQA, KPT & JPA
📢Kolej bertaraf 6 🌟 (MyQUEST2016/2017)
📢Sijil Keusahawanan Fertigasi PERCUMA
📢Sijil Keusahawanan UNITI Brick PERCUMA
📢Sijil Keusahawanan Produksi ABM PERCUMA
📢Bantuan Kewangan YAYASAN UNITI
📢Pengalaman Bekerja Bersama
📢Banyak Peluang DUIT TEPI

.

🔥🔥🔥ELAUN SARA DIRI Keushawanan minimum RM100/Sebulan 🔥🔥🔥

*****************************************

.

Kami bersedia membantu adik-adik….

Info Kolej UNITI Port Dickson: www.uniti.edu.my

INFO KOLEJ UNITI
Website: www.uniti.edu.my
Facebook: https://www.facebook.com/kolejunitiportdickson/
Instagram: kolejunitiportdickson
YouTube: kolejunitiportdickson
📌Info segera: 06 6468 444

07/03/2019

0 responses on "SPM Tidak Cemerlang, Kini Arif Kaunselor di Perdana University | Kolej Uniti"

Leave a Message

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish
ms_MYMalay en_USEnglish
X