Contact for queries :
     

Sambung Belajar Tingkatan 6 atau Diploma | Kolej UNITI

Mana Lagi Susah Tingkatan 6 ker? Diploma ker? Arrgghhhh !!!

Adik-adik lepasan SPM, mesti tak tahu kan nak sambung belajar tingkatan 6 atau diploma?

Ada yang cakap tingkatan 6 nie susah.

Ada pula yang cakap diploma nie lama sangat nak habis.

Dalam artikel nie, kami sediakan perbezaan antara tingkatan 6 dengan diploma untuk rujukan adik-adik lepasan spm yang nak sambung belajar.

Betul ker Tingkatan 6 susah? Betul ker Tingkatan 6 kena banyak baca buku?




Tingkatan 6 ni adik-adik, telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan lebih daripada 50 tahun tau…

Bermula pada tahun 2013, STPM telah diubah format menerusi penjenamaan semula dan menjadi salah satu inisiatif KPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

STPM mengambil masa selama 1 tahun setengah. Program ini dipecahkan mengikut aliran. Sistem terkini iaitu sistem modular telah memperbaharui sukatan pelajaran pra u dan pelajar akan menduduki STPM pada setiap hujung penggal (penggal 1, 2 dan 3) disertakan dengan kerja kursus setiap penggal.

Majoriti mereka yang menjejak kaki ke universiti adalah dalam kalangan pelajar lepasan Tingkatan Enam walaupun hakikatnya STPM ini dikatakan sukar?

Tahukah anda juga, mereka ini majoritinya juga mendapat keputusan yang kurang baik dalam SPM?

Disebabkan kekecewaan tersebut, mereka menebus kembali kegagalan itu sehingga berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam STPM.

Selain itu, dengan sijil STPM, anda boleh mencari kerja di dalam sektor perkhidmatan awam/kerajaan dan diiktiraf setaraf dengan Diploma dalam perkhidmatan awam. Kos pengajian di peringkat STPM nyata lebih rendah kerana anda tidak terikat dengan yuran pengajian yang menjangkau ribuan ringgit.

Begitu juga dengan Diploma. Jika anda sambung belajar dengan diploma boleh terus bekerja ataupun meneruskan pengajian Ijazah. Jika anda menyambung Ijazah dalam bidang yang sama, anda juga boleh melakukan pengecualian kredit, jadi anda boleh memendekkan tempoh pengajian anda di peringkat ijazah kelak.

Biasanya diploma akan mengambil masa dalam tempoh 2 tahun setengah atau 3 tahun (bergantung pada course).

Program peringkat diploma ini telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Jadi, kalau anda sudah tahu apa matlamat anda, kursus yang anda minat dan paling penting sekali dah yakin kursus tersebut ada peluang yang baik untuk pasaran kerja masa mendatang, anda boleh memilih diploma. Nak lebih nampak perbezaan di antara tingkatan enam dan diploma ini, jom lihat jadual di bawah.

Akhir kata, kami berharap agar, dengan sedikit info yang kami kongsikan bersama anda ini dapat merungkai serba sedikit kekeliruan di benak fikiran anda terutamanya buat lepasan SPM. Apa pun pilihan anda, kami mendoakan yang terbaik buat anda semua.

Banyakkan research berkenaan kursus yang anda minat, dapatkan pendapat dari mereka yang lebih arif, anda juga boleh berhubung terus bersama kami di instagram dan facebook.

Oleh itu, jika anda adalah pelajar cemerlang tentu anda tiada masalah bukan?

Buatlah pilihan yang terbaik.

Tak faham lagi? Jom tonton video ini untuk dpapatkan maklumat yang tepat mengenai Form 6 dan Diploma.

 

💥JOM MASUK UNITI..!!!💥 Peluang Kedua untuk adik-adk masuk ke universiti..!
.

Pendaftaran Online KINI DIBUKA: :https://www.kolejuniti.edu.my/apply-now/
Pendaftaran Online KINI DIBUKA: :https//www.kolejuniti.edu.my/apply-now/
Pendaftaran Online KINI DIBUKA: :https://www.kolejuniti.edu.my/apply-now

.

📌Info segera: 06 6468 444
@Whatsapp kami di: http://www.wasap.my/60196619470/Salam+Saya+Nak
============================
.

📢Diploma diiktiraf MQA, KPT & JPA
📢Kolej bertaraf 6 🌟 (MyQUEST2016/2017)
📢Sijil Keusahawanan Fertigasi PERCUMA
📢Sijil Keusahawanan UNITI Brick PERCUMA
📢Sijil Keusahawanan Produksi ABM PERCUMA
📢Bantuan Kewangan YAYASAN UNITI
📢Pengalaman Bekerja Bersama
📢Banyak Peluang DUIT TEPI

.

🔥🔥🔥ELAUN SARA DIRI Keushawanan minimum RM100/Sebulan 🔥🔥🔥

*****************************************

.

Kami bersedia membantu adik-adik….

Info Kolej UNITI Port Dickson: www.uniti.edu.my

 

22/08/2019

0 responses on "Sambung Belajar Tingkatan 6 atau Diploma | Kolej UNITI"

Leave a Message

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish
ms_MYMalay en_USEnglish
X