Contact for queries :
     

Tentang kami

Kolej UNITI Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 27 Januari 1997. Ia bermula sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta, Kolej UNITI dirasmikan ole Kementerian Pelajaran Malaysia pada 15 Mac 1997 dan memulakan operasi di Kampus Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Selama 23 tahun ini UNITI telah melahirkan ramai graduan yang berkualiti didalam pelbagai sektor dan lebih dari 15 kursus diperingkat Diploma ditawarkan pada masa ini. Diiktiraf oleh MQA , KPM & JPA. Kini, UNITI telah mempunyai 2 kampus iaitu kampus induk di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Kampus ke-2 di Kota Bharu, Kelantan.

 

kolej uniti

 

Pada mulanya, terdapat 170 pelajar yang mendaftar untuk Program Pra-Sains, UiTM. Kemudian, ia diikuti dengan penambahan 405 pelajar dengan menganjurkan 4 program akademik yang lain. Pada tahun 2001, melalui 10 program akademik, bilangan pelajar meningkat kepada 1110 orang.
Bermula dari tahun 2012, kolej ini berjaya menawarkan 20 program melalui 3 fakulti utama dan berjaya mendapatkan kelulusan penuh dari Kementerian Pengajian Tinggi, dan juga pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). : –


• Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan
• Fakulti Pengurusan dan Industri Halal
• Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Sehingga 2013, Kolej UNITI telah menghasilkan lebih daripada 6000 graduan menerusi pelbagai program yang ditawarkan. Terdapat 150 pelajar Diploma Pengajian Islam yang lulus dengan ijazah sarjana muda di Universiti al-Azhar di Mesir.
Mengikut visi dan misi, Kolej UNITI akan terus memastikan graduannya berjaya menyelesaikan pengajian mereka dengan kelayakan akademik tertinggi yang diiringi oleh keperibadian yang mengagumkan.

Untuk mencapai inspirasi, Kolej UNITI akan memastikan Unit Bahagian Hal Ehwal Pelajar berjalan dengan lancar dan sistematik. Ia memainkan peranan yang sangat penting dan bertanggungjawab terhadap kebajikan pelajar.

Pada masa yang sama, ia juga membantu dalam melaksanakan aktiviti dan program pelajar yang berjaya dilaksanakan. Unit ini terdiri daripada jawatankuasa jawatankuasa pemimpin pelajar, persatuan pelajar, persahabatan pelajar, penasihat rakan sebaya pelajar dan konsultasi untuk unit pelajar.

 

pendidikan terbaik anda bermula di sini!

Datang Dan Sertai Kami

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay
X