fbpx
Contact for queries :

LARANGAN KEPADA PELAJAR AMBIL BARANG DI ASRAMA KOLEJ

KENYATAAN RASMI KOLEJ UNITI PORT DICKSON

PERIHAL PELAJAR AMBIL BARANG DI ASRAMA KOLEJ

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera.

Para Pelajar Kolej Uniti Port Dickson,

Perkara di atas adalah dirujuk.

1. Untuk makluman para pelajar, sehingga kini, masih belum ada lagi sebarang arahan dan prosedur kendalian standard (SOP) rasmi dari pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan aturan untuk pelajar mengambil barang masing-masing di asrama kolej.

2. Namun begitu, pihak kolej ingin memaklumkan kepada para pelajar bahawa pihak kolej dalam proses merangka SOP bagi membenarkan pelajar mengambil barang di asrama kolej secara berperingkat melalui kumpulan-kumpulan kecil dan berjadual.

Pada masa yang sama, pihak kolej akan mendapatkan pengesahan dan kebenaran mengenainya dari pihak KPT dan MKN.

3. Ini penting bagi memastikan tiadanya kesesakan akan berlaku, dan penjarakan sosial dapat dilaksanakan, serta, pada masa yang sama, pengawalan jangkitan dapat dilaksanakan.

4. Makluman rasmi berkenaan perkara ini akan dihebahkan kepada semua pelajar dalam masa terdekat secara berperingkat.

5. Untuk makluman para pelajar juga, berbeza dengan institusi lain, semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah menerima arahan yang masih berkuatkuasa sehingga kini bahawa semua operasi fizikal pelajar lama di IPT hendaklah ditangguhkan untuk semua pelajar lama sehingga akhir bulan Disember tahun 2020.

6. Kelas hanya dibenarkan untuk pelajar lama secara online sahaja, kecuali kursus kemahiran tertentu.

7. Para pelajar diminta untuk terus bertenang dan bersabar dalam menunggu makluman rasmi berkenaan perkara di atas dan perkara-perkara berkenaan pengajian para pelajar di kolej.

8. Pihak kolej juga ingin menasihatkan para pelajar agar berterusan dalam mengamalkan norma baru dan mematuhi segala arahan kerajaan Malaysia.

Semoga Allah permudahkan dan lancarkan segala urusan kita, in sha Allah.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

ENCIK HAMDAN BIN IKRAM
Ketua Pegawai Operasi
Kolej Uniti Port Dickson

16/06/2020

0 responses on "LARANGAN KEPADA PELAJAR AMBIL BARANG DI ASRAMA KOLEJ"

Leave a Message

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay
X