HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT :
     

Perkhidmatan Pelajar

Kami Prihatin!


Perkhidmatan Kaunseling

Perkhidmatan kaunseling di Kolej UNITI adalah perkhidmatan percuma, sulit dan profesional yang disediakan untuk semua pelajar dalam sesi individu dan kumpulan. Kaunselor boleh membantu anda dalam apa jua masalah yang timbul dalam suasana santai dan tidak menghukum.Isu-isu pelajar termasuk kesukaran untuk belajar, lemah dalam pembelajaran, kelakuan yang melampau, ketagihan, dan sebagainya. Sesetengah isu boleh diselesaikan dalam satu sesi sementara yang lain memerlukan sesi kaunseling yang lebih lama dan berterusan.


Majlis Perwakilan pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar (MPM) menjaga kebajikan semua pelajar di UNITI dan menganjurkan pelbagai jenis aktiviti dalam mempromosikan kesedaran dan interaksi sosial yang lebih tinggi di kalangan pelajar. Majlis ini juga menyampaikan isu-isu dan permasalahan di kalangan pelajar dan pentadbiran termasuk penginapan dan pembelajaran. MPM terdiri daripada Majlis Tertinggi dan mempunyai sembilan Exco.


Bantuan Kewangan & Yuran

Kami sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan dan rakan industri dalam menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar yang berkelayakan.

Baca Lagi...


Pusat Keusahawanan & Pekerjaan UNITI (UEEC)

UNITI Entrepreneuship & Employment Centre (UEEC) merupakan inisiatif yang dibangunkan oleh Kolej UNITI untuk manfaat pelajar dan graduan.   Terdapat 2 objektif utama:

  • Peluang untuk mencari duit poket dan perbelanjaan melalui Program Keusahawanan yang dijalankan oleh Kolej UNITI
    Melibatkan pelajar dengan program pensijilan keusahawanan
  • Sebagai Pusat Kerjaya bagi graduan-graduan Kolej UNITI

Baca Lagi...

pendidikan terbaik anda bermula di sini!

Datang Dan Sertai Kami

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay
X