fbpx
Contact for queries :

perkhidmatan
pelajar

Kami Prihatin...


Perkhidmatan kaunseling

Perkhidmatan kaunseling di Kolej UNITI adalah perkhidmatan percuma, sulit dan profesional yang tersedia kepada semua pelajar dalam sesi individu dan berkumpulan. 

Kaunselor sedia membantu pelajar mengenai sebarang isu sepanjang dalam kehidupan kampus termasuk masalah peribadi, pembelajaran dan persekitaran.

Masalah pelajar akan dikaji oleh kaunselor di bawah Unit Kaunseling & Bimbingan Kerjaya dan Kaunselor akan membantu dan membimbing pelajar dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang menerapkan disiplin dan nilai-nilai murni kepada pelajar ke arah pembentukan akhlak yang lebih baik.

psikologi kaunseling


Majlis Perwakilan Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan semua pelajar Kolej UNITI dan bertanggungjawab menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan kesedaran sosial dan interaksi di kalangan pelajar.

Majlis ini juga menyediakan satu bentuk komunikasi di antara pelajar dengan pentadbiran bagi mengusulkan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan kampus dan sesi pembelajaran.

MPM terdiri daripada 4 Majlis Tertinggi dan 9 orang Exco.


Yuran &
bantuan kewangan

Kami sentiasa bekerjasama dengan agensi dan rakan industri yang berkaitan dalam menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar yang layak khususnya dan semua pelajar Kolej UNITI amnya.

Baca lebih lanjut…

UNITI Entrepreneuship & Employment Center ( UEEC ) adalah satu inisiatif yang dibangunkan oleh Kolej UNITI untuk kebaikan pelajar dan graduan.Terdapat dua objektif;

  • Peluang menjana pendapatan di seluruh Kolej UNITI dengan
    melibatkan diri dengan program Persijilan keusahawanan
  • sistem maklumat pekerjaan pekerja melalui e-mel dan media sosial, untuk membantu graduan mendapatkan pekerjaan

Baca lebih lanjut…


UNITI Entrepreneurship & Employment Centre (UEEC)

pendidikan terbaik anda bermula di sini!

Datang Dan Sertai Kami

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay
X