fbpx
Contact for queries :

KURSUS PENYEMBELIHAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA OLEH FAKULTI PENGURUSAN INDUSTRI HALAL

april, 2021

23apr2:38 am2:38 amKURSUS PENYEMBELIHAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA OLEH FAKULTI PENGURUSAN INDUSTRI HALAL

Event Details

🔸 Pada 21 April yang lalu, telah berlangsungnya Kursus Penyembelihan oleh Fakulti Pengurusan Industri Halal. Kursus ini merupakan salah satu subjek penting untuk Diploma Pengurusan & Industri Halal (Dpih) di mana mereka perlu belajar bagaimana mengendalikan penyembelihan haiwan.
.
🔸 Kenapakah Islam mensyariatkan binatang perlu disembelih? Pasti ramai yang ingin tahu. Bila ia diwajibkan dalam agama Islam pasti ia ada kelebihan dan kebaikannya, terutamannya dari sudut kesihatan. Konsep sembelihan dalam Islam telah meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan dengan cara yang baik dan teliti. Pengetahuan mendalam mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan.
.
🔸 Selepas penyembelihan, kursus diteruskan dengan pembersihan bahan sembelihan. Seterusnya, pensyarah dan pelajar bersama berganding bahu untuk menyiapkan juadah berbuka puasa.
.
Terbaiklah FPIH. 👍👍👍

0 responses on "KURSUS PENYEMBELIHAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA OLEH FAKULTI PENGURUSAN INDUSTRI HALAL"

Leave a Message

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMalay
X