fbpx

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak


FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA

 Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia mula menawarkan program pertama iaitu Diploma Pendidikan Pra Sekolah pada tahun 2007, dan Kolej UNITI menjadi salah satu institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pertama dalam pendidikan awal kanak-kanak. Program ini menjadi pilihan ramai pelajar, dan pernah mempunyai jumlah pelajar yang paling ramai di Kolej UNITI. Program kedua terkenal di fakulti ini ialah Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan yang mula ditawarkan pada tahun 2013, dan Diploma Pendidikan Islam Sekolah Rendah yang ditawarkan mulai 2016. 

Ikuti Kami

Program Diploma Pendidikan & Asuhan Awal Kanak - Kanak Kolej UNITI

ALUMNI DIPLOMA PENDIDIKAN PRA SEKOLAH

Diploma Pendidikan Awal Kanak kanak Lambakan atau Peluang

JOM DAFTAR DAN BELAJAR DI SINI!

ALUMNI DIPLOMA PENDIDIKAN PRA SEKOLAH (AWAL KANAK-KANAK) KOLEJ UNITI


"Saya sangat berbangga menjadi pelajar Diploma Pra Sekolah kerana kini saya telah menjadi Kaunselor di sebuah IPT.."



FUDHAIL HAKIMI arif B
IBRAHIM
Diploma Pra Sekolah '15



"Saya sangat sukakan kanak-kanak..Saya gembira melihat perkembangan anak-anak kecil di sini dan sudah tentu saya mengaplikasikan apa yang saya belajar di UNITI.."



SITI NOR HASLINA BAKAR
Diploma Pra Sekolah '17


MISI

Untuk membina pengetahuan dan kemahiran mengajar bagi memastikan teknik dan nilai pendidikan yang diamalkan adalah yang terbaik, di samping untuk menerapkan nilai keusahawanan yang inovatif yang memenuhi keperluan pasaran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Untuk menghasilkan usahawan yang inovatif, kerjasama pintar antara FPPM, UNITI Education Toys (UET) dan Tadika Bijak Ilmu (TBI)ditubuhkan. Graduan mempunyai banyak peluang untuk memilih kerjaya atau melanjutkan pengajian mereka di peringkat ijazah di IPTA atau IPTS selepas bergraduat.


VISI

 

FPPM bertekad untuk menjadi pemimpin dalam pendidikan berasaskan gender dan menghasilkan modal insan cemerlang dengan semangat sebagai pendidik untuk memenuhi keperluan negara.


OBJEKTIF

    • Untuk menjalankan program akademik yang memenuhi keperluan semasa industri
    • Untuk menghasilkan graduan yang memiliki pengetahuan yang relevan, kompeten dalam kemahiran teknikal, mempunyai kemahiran insaniah dan sensitif terhadap tanggungjawab sosial  
    • Untuk menjadikan graduan yang berilmu dan mampu berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
    • Untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti dengan kerjasama industri untuk menjana kemakmuran negara kita
    • Untuk melengkapkan graduan dengan kepimpinan, komunikasi, keusahawanan dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat
 

Apa itu Artera?

ARTERA INISIATTIF DARI FAKULTI PENDIDIKAN KOLEJ UNITI UNTUK MEMBANTU TADIKA SWASTA

Kenapa ARTERA diperlukan?

Sebagai satu solusi kepada tadika digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran secara sistematik berasaskan bermain sambil belajar.

Sebagai satu solusi untuk meningkatkan kualiti pendidikan di tadika dengan menekankan pendidikan STEM

Sebagai satu Solusi untuk meningkatkan pendapatan tadika melalui jualan produk ARTERA

Apa manfaat kepada pelajar Diploma di Fakulti Pendidikan?

Berbeza dengan pelajar diploma yang sama di kolej-kolej lain, pelajar Diploma pendidikan awal kanak-kanak telah diberi kemahiran tambahan menggunakan ARTERA sebagai kaedah pengajaran yang menyeronokkan di tadika-tadika.

Nak tahu dengan lebih details lagi mengenai Diploma Pendidikan awal kanak-kanak di Fakulti Pendidikan boleh hubungi kkolej UNITI

PRODUK ARTERA

ARTERA PRODUK UNIK KOLEJ UNITI

ARTERA SIFIR

KENALI TADIKA UNITI TADIKA BIJAK ILMU (TBI)

Latar Belakang

Pada 1 Mei 2016, Kolej UNITI Port Dickson melalui Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Kolej UNITI Port Dickson telah mengambil alih operasi Tadika Bijak Ilmu yang terletak di Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Objektif

Tadika Bijak Ilmu ditubuhkan sebagai pusat pendidikan awal kanak-kanak kolej UNITI yang menerima kemasukan kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun. TBI bukan sahaja berdiri sebagai pusat akademik, tetapi bagi memberi peluang FPPM menjadi penggiat aktif di dalam industri yang berkaitan iaitu perkhidmatan tadika/taska di mana para pensyarah berpeluang memindahkan amalan-amalan teori yang dikuasai dalam pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak ini.

Taska Cahaya Tasneem Kolej UNITI

Taska Cahaya Tasneem Kolej UNITI ditubuhkan untuk menyediakan pusat penjagaan, pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti khusus untuk anak-anak staf Kolej UNITI.

Taska Cahaya Tasneem merupakan pusat pendidikan awal kanak-kanak Kolej UNITI yang berada di bawah penyeliaan dan pemantauan Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia (FPPM), Kolej UNITI Port Dickson.

Selain itu, Taska ini merupakan inisiatif Kolej UNITI dalam memfokuskan kebajikan staf serta sebagai simulasi industri sebenar/makmal pendidikan awal kanak-kanak untuk pensyarah dan pelajar Kolej UNITI.

© 2013, All rights reserved.

Setup Menus in Admin Panel

X