fbpx
Contact for queries :
     

Betul Ker Diploma Kolej Uniti Boleh Sambung UPSI | Kolej UNITI

Sebenarnya ramai je students Kolej UNITI sambung belajar di UPSI. 😎😎😎
.
Macam Cikgu Wani ni…
.
Cikgu Tadika? Tak pernah terlintas nak jadi cikgu.. Apatah lagi cikgu tadika..Tapi perancangan Allah sangat cantik…
.

Tingkatan 4 dan 5 sis belajar katering dan penyajian, minat terhadap penyediaan makanan dan hospitality sangat tinggi, sehingga Cikgu Wani tetap nak sambung pengajian dalam bidang hospitaliti dan kulinari.

.

Tapi rezeki tidak berpihak pada Cikgu Wani, Cikgu Wani tak dapat apa-apa tawaran pon. Akhirnya Cikgu Wani redha dengan pilihan mak Cikgu Wani untuk masuk Kolej UNITI dalam bidang Diploma Pendidikan Prasekolah.
.

Pada awalnya Cikgu hanya mengikut rentak perjalanan sebagai seorang pelajar, tidak bersungguh-sungguh dalam bidang Pendidikan Prasekolah ini, dengan harapan Cikgu dapat tawaran dari bidang lain. Tapi pelbagai sokongan, aktiviti yang dijalankan, dan pengalaman yang diberikan membuatkan Cikgu rasa, minat terhadap Pendidikan Prasekolah semakin menebal dalam diri Cikgu. Selama 3 tahun belajar Diploma Pendidikan Prasekolah Cikgu berjaya graduated pada tahun 2012.

Dengan sijil dan pengalaman yang Cikgu ada, Cikgu ditawarkan bekerja sebagai guru di sebuah Tadika swasta di Kuala Lumpur. Setahun selepas itu, Cikgu melanjutkan pelajaran selama 4 tahun di Universiti Pendidikan Sultan Idris diperingkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) Dengan Kepujian.
.

Di UPSI, Cikgu dapat membuat pengecualian jam kredit kerana pembelajaran di UPSI mempunyai persamaan seperti di Kolej UNITI kerana Kolej UNITI ada pengiktirafan MQA. Jadi segala silibus, nota dan peperiksaan seakan-akan sama.
.

Alhamdulillah kini Cikgu dah pun bergelar alumni UPSI dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan sedang bekerja sebagai guru di sebuah Tadika swasta di Kuala Lumpur.
.

Pengalaman berada di Kolej UNITI dan UPSI sangat menyeronokan dan berbeza. Jangan putus asa dan terus melangkah kehadapan. Terima kasih warga Kolej UNITI kerana di Kolej UNITI Cikgu berjaya ke menara gading dan Cikgu mula minat dalam dunia Kanak-Kanak.

Nukilan: Nur Hazwani Wahi
Alumni Diploma Pendidikan Prasekolah Kolej UNITI, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.
Alumni Ijazah Sarjana Muda Pendidikan-Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

========================================================================

Ha! Korang minat kanak-kanak macam Cikgu Wani ke? Korang tak dapat masuk UPSI haritu? 🀨🀨
.

πŸ’₯JOM MASUK UNITI..!!!πŸ’₯Β Kita mantapkan dulu pengetahuan tentang kanak-kanak dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej UNITI!
.

Pendaftaran Online KINI DIBUKA: :http://bit.ly/MohonOnline
Pendaftaran Online KINI DIBUKA: :http://bit.ly/MohonOnline
Pendaftaran Online KINI DIBUKA: :http://bit.ly/MohonOnline

.

πŸ“ŒInfo segera: 06 6468 444
@Whatsapp kami di:Β http://www.wasap.my/60196619470/Salam+Saya+Nak+DPAKK/
============================
.

πŸ“’Diploma diiktiraf MQA, KPT & JPA
πŸ“’Kolej bertaraf 6 🌟 (MyQUEST2016/2017)
πŸ“’Sijil Keusahawanan Fertigasi PERCUMA
πŸ“’Sijil Keusahawanan UNITI Brick PERCUMA
πŸ“’Sijil Keusahawanan Produksi ABM PERCUMA
πŸ“’Bantuan Kewangan YAYASAN UNITI
πŸ“’Pengalaman Bekerja Bersama
πŸ“’Banyak Peluang DUIT TEPI

.

πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯ELAUN SARA DIRI Keushawanan minimum RM100/SebulanΒ πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

*****************************************

.

Kami bersedia membantu adik-adik….

Info Kolej UNITI Port Dickson:Β www.uniti.edu.my

07/03/2019

0 responses on "Betul Ker Diploma Kolej Uniti Boleh Sambung UPSI | Kolej UNITI"

    Leave a Message

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    en_USEnglish
    ms_MYMalay en_USEnglish
    X