Contact for queries :
     

Tak Pernah Sekali Pun Terlintas Akan Jadi Seorang PENSYARAH

Pagi nie, aku ditugaskan untuk menghadiri Bengkel di UiTM Segamat. Sebelum sesi bermula, aku dapat mengecam satu wajah yang cukup ku kenal.

Aku pun mula menyapa;

“Puan Habsah, kan..!”
“Afnan ye..” sapa beliau teragak-agak.
“Awak buat apa kat sini..?” Tanya beliau.
Aku pun tersenyum-senyum menjawab “Sama la macam Puan Cah..”
“Tahniah..! jadi lecturer dah sekarang ye. Tak sangka jadi pensyarah ye..! Diam-diam punn..” seloroh beliau.

 

Teruja aku!!! Alhamdulillah beliau masih ingat lagi nama aku..Huh..Ingat dulu, batch kami antara batch yang paling ramai dalam Diploma Kejuruteraan Teknologi Multimedia di Kolej UNITI. Kalau ikutkan aku nie bukanlah di kalangan pelajar yang cemerlang, namun Alhamdulillah rezeki menyebelahiku untuk menabur ilmu sebagai Pensyarah Sains Komputer di KYPJ (Kolej Yayasan Pelajaran Johor).

 

 

                                                      Programming! Susah Beb!


Nak-nak kena ajar subjek Programming memang bukan cita-cita dan minat aku la masa belajar dulu. Namun, aku gagahkan juga untuk mengajar subjek ini. Mencabar juga! Teringat masa belajar dulu, aku paling tak suka subjek programming ni sebab susah.! Serius cakap..!

Tapi dulu masa belajar, aku memang serius sikit masa belajar. Tak ada lah nak main-main tu..sebab nya fikir kalau tak score, lambat grad pulak kan..Kalau lambat grad, lambat lah keje. Jadi aku bertekad untuk belajar betul-betul , buat assignment, score test dan jaga hubungan baik dengan pensyarah.

 

Nak ceritanya, kalau kita baik dengan pensyarah ni , berkat pun dapat ilmu pun dapat. Tak rugi kalau berbaik-baik pun. Tapi maksud aku ni bukan ‘bodek’ tau . Jangan salah faham pulak. Macam aku, aku bukanlah glamour pun dulu masa dalam kelas tapi aku bukan jugak pelajar yang suka buat hal. Kira aku ni geng tengah-tengah , sederhana je. Tak susahkan kawan , tak susahkan mak ayah mahupun pensyarah. Kalau dapat ‘jaga’ yang tu pun dah kira okey dah.

Ok, berbalik cerita masa aku belajar kan..Pernah je aku rasa down, tak minat nak study, rasa blur tak paham satu pun pensyarah ajar. Sampai tahap aku fikir pensyarah ni tak ada perasaan sivik ke main ajar je biarkan je student tak faham. Hahaha. Sian pensyarah-pensyarah aku.

 

Nak kata rezeki aku tue, Allah nak bagi..Mungkin berkat doa daripada mak ayah aku juga aku berjaya menamatkan diploma pada tahun 2010. Setahun lepas tue, Alhamdulillah aku dapat tawaran sambung belajar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam bidang network . 5 semester berlalu , aku berjaya mendapat tempat praktikal di syarikat First Online Sdn Bhd dan ditugaskan mengendalikan kerja-kerja teknikal dan pembangunan web.

Setelah berjaya menamatkan latihan praktikal , dengan mendapat pengesahan Ahli Senat Universiti…aku dikurniakan sekali lagi rezeki untuk menyambung pengajian Master selepas Majlis Konvokesyen nanti. Syukur Alhamdulillah!

 

Aku menyambung pengajian master dalam mod penyelidikan bidang Sains Komputer. Sempat jugak la aku jadi Tutor masa tu sebab nak cari pengalaman mengajar untuk satu semester je. Bolehlah buat duit poket. Awal tahun 2018, aku buat keputusan untuk balik dan duduk sementara di kampung ku di Johor, sambil menyiapkan penulisan tesis ku.

Pada masa tue aku cuba mencari peluang-peluang pekerjaan yang ada di sekitar Johor . Alhamdulillah  aku mendapat kerja di IKEA Tebrau. Dapat lah menampung perbelanjaan kos aku untuk menyiapkan penyelidikan masterku . Tak lama lepas tu, aku dipertemukan dengan jodoh ku pada April 2018.  Isteri aku pun orang Johor juga. Hihi, Alhamdulillah. Tak perlu nak pindah-pindah. Huhu.

 

Selepas setahun aku menjalani kehidupan sebagai suami isteri , aku mendapat panggilan temuduga di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ). Aku memang tak sangka. “Rezeki Ya Allah..rezeki dah kahwin kot” detik hatiku. Hihi. Aku berjaya dalam temuduga tersebut. Bukan senang tau nak dapat jadi pensyarah di sini.

Betullah, rezeki itu Allah berikan tidak kira siapa pun kita.. Sudah tertulis untuk aku menabur bakti sebagai pensyarah. Aku semakin bersemangat untuk menghabiskan pengajian master ku. Aku berharap agar aku dapat berjaya menamatkan pengajian master ku dengan cemerlang. Doakan ye.

Aku berpegang pada kata-kata pensyarah ku, sekali anda gagal bukan bermakna anda akan gagal selama-lamanya. Ayat nie lah, aku pegang masa mula-mula sekali aku nak masuk dalam Kolej UNITI nie tau. Adik-adik, percayalah pasti ada peluang kedua, ketiga dan seterusnya untuk kita berjaya. Janji USAHA. Moga kisah nie menjadi inspirasi buat para pelajar Kolej UNITI.

 

 

Siti Nur Ain Abu Husin
Pensyarah
Fakulti Teknologi & Kejuruteraan (FTK)
Kolej UNITI Port Dickson
======================================

Adik-adik lepasan SPM, berminat membuat permohonan menyambung pengajian ke peringkat Diploma Kejuruteraan  di Kolej UNITI? Jangan abaikan cita-cita anda.

📌PENDAFTARAN Atas Talian DIBUKA SEKARANG!!!!! Boleh terus isi borang di sini:
https://www.kolejuniti.edu.my/apply-now/
https://www.kolejuniti.edu.my/apply-now/
https://www.kolejuniti.edu.my/apply-now/
.
📌Info segera: 06 6468 444
atau terus whatsapp kami di http://www.wasap.my/60196619470/Saya+Nak+MasukKolejUNITI/
Kami sedia bantu adik-adik.
.
INFO KOLEJ UNITI
Website: https://www.kolejuniti.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/kolejunitiportdickson/
Instagram: https://www.instagram.com/kolejunitiportdickson/
YouTube: http://bit.ly/YOUTUBE-UNITI
.
💢💢💢Syarat kemasukan Diploma Kerjasama UiTM-UNITI:
SYARAT AM – Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk subjek Bahasa Melayu dan LULUS Sejarah.
SYARAT KHAS – Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik /Matematik Tambahan.
.
💢💢💢Syarat kemasukan Diploma Kolej UNITI:
Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

17/10/2019

0 responses on "Tak Pernah Sekali Pun Terlintas Akan Jadi Seorang PENSYARAH"

    Leave a Message

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    en_USEnglish
    ms_MYMalay en_USEnglish
    X